
PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan melihat dakwaan seorang pensyarah kanan tentang kehadiran madu tiruan yang didakwanya mencecah 90% di pasaran.
Zulkifli Mustafa dari Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan di Universiti Sains Malaysia dipetik Berita Harian sebagai berkata kehadiran madu tiruan menjadi cabaran terbesar industri madu kini.
“Ini kali pertama saya dengar tentang perkara ini… Angka 90% ini membimbangkan,” kata Menteri Armizan Mohd Ali kepada FMT.
Beliau telah mengarahkan pihak penguatkuasaan menghubungi Zulkifli esok, katanya.
“Kami perlu dapatkan butiran lanjut untuk tentukan tindakan lanjut, termasuk perbincangan dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan,” katanya.
FMT sedang mendapatkan komen Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad,…