Beliau menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 malam di Hospital Muar.

PETALING JAYA: Penyanyi kumpulan rock XPDC, Syed Ismail Syed Ibrahim atau Mael meninggal dunia di Hospital Muar, sebentar tadi.
Perkara itu dikongsikan pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.
“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam tadi,” katanya.
Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, difahamkan punca kematian belum dapat dipastikan.
Sementara itu, seorang anggota kumpulan itu Zua berkata beliau belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.
Zua dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti.
Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, beliau turut berdukacita di atas pemergian penyanyi kesukaannya…
