Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kapten Manchester United, Harry Maguire telah berjanji untuk mengembalikan semula senyuman di wajah penyokong Manchester United selepas diaibkan oleh Manchester City dalam aksi derbi Manchester.
Maguire sedar bahawa, hati penyokong United hancur luluh selepas mereka ditewaskan oleh City 4-1 di Etihad.
Maguire bagaimanapun percaya para penyokong Manchester United akan terus memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka. Jadi, kini tiba giliran para pemain untuk membalas sokongan itu.
“Mereka menyanyi, mereka bertepuk tangan untuk kami pada penghujung permainan. Peminat kami luar biasa dan saya akan sentiasa berkata, mereka adalah penyokong terbaik di dunia.”
“Kami kecewa kerana kami tidak dapat memberi mereka sesuatu untuk menggembirakan mereka hari ini. Malah musim ini kami belum cukup bagus dalam Liga Perdana Inggeris,” kata Maguire ketika ditemuramah oleh media rasmi…