Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Harry Maguire dan keluarganya melalui detik cemas apabila dia menerima ancaman bom yang mahu meletupkan dia dan keluarganya.
Jurucakap pertahanan Manchester United itu mengesahkan bahawa pemain itu menerima ancaman bom yang serius yang mengancam untuk meletupkan rumah keluarganya.
Polis Chesire kemudian turut mengesahkan mereka menerima laporan tersebut berkenaan dengan ancaman bom di kediaman yang terletak di Wilmslow.
Jurucakap Harry Maguire memberitahu Sky Sports: “Dalam masa 24 jam lalu, Harry menerima ancaman bom yang serius ditujukan kepada rumah keluarganya.”
“Dia sudah melaporkan perkara ini kepada pihak polis yang kini menyiasat perkara ini. Keselamatan keluarga dan orang di sekitar kediaman adalah keutamaan Harry pada masa ini.”
Jurucakap tersebut juga mengesahkan bahawa Harry Maguire akan terus fokus kepada latihan persediaan untuk menghadapi perlawanan hujung…