
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk meminda pernyataan tuntutannya dalam saman fitnah terhadap Anwar Ibrahim.
Peguam Rafique Rashid Ali, yang mewakili Mahathir, berkata Pesuruhjaya Kehakiman Zaharah Hussein membenarkan bekas perdana menteri itu meminda pernyataan tuntutannya untuk memasukkan kenyataan yang didakwa dibuat Anwar mengenainya selepas surat tuntutan dikeluarkan berhubung perkara itu.
Tambahnya, mahkamah memerintahkan Mahathir memfailkan pindaan itu selewat-lewatnya 4 Mac.
Menurut Rafique, Anwar kemudiannya akan memfailkan pembelaannya yang dipinda pada 18 Mac dan seterusnya jawapan Mahathir mesti difailkan selewat-lewatnya pada 1 April.
Bagaimanapun, mahkamah turut memerintahkan Mahathir membayar kos RM3,000 kepada Anwar, yang diwakili Benjamin Aliff Suhaimi, Sangeet Kaur Deo dan Phoebe…