
Mahkamah Majistret Selayang memutuskan Yayasan Kubra tidak boleh meneruskan kerja merobohkan sebuah kuil Hindu di Rawang sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi.
Majistret Chai Guan Hock berkata mahkamah mendapati wujud pertikaian berhubung status tanah berkenaan.
Beliau berkata kuil itu telah berada di lokasi tersebut sejak 1995, manakala pemilik tanah semasa hanya memiliki tanah itu sejak 2021.
“Mahkamah turut mengambil kira isu di tapak itu boleh menimbulkan ketegangan awam jika keadaan tidak dikawal dengan baik,” katanya.
Chai berkata pihak pengurusan kuil dan Yayasan Kubra perlu mengemukakan kenyataan bertulis serta dokumen sokongan sebelum mahkamah menentukan pemilik sebenar tapak itu.
“Mahkamah akan meneliti dokumen daripada kedua-dua pihak sebelum membuat keputusan,” katanya.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: