Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah batal keputusan bebas Chegubard dalam kes fitnah Agong

today24 June 2026

Background


Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dalam satu klip video mendakwa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan menghadap beberapa wakil daripada Perikatan Nasional (PN) namun kenyataan itu dinafikan pegawai istana. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan bekas ketua bahagian Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin, daripada pertuduhan membuat kenyataan berunsur fitnah yang boleh mencemarkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Hakim Noor Ruwena Nurdin memerintahkan Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan dan memutuskan pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

“Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan meneliti rekod rayuan, mahkamah berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang boleh dipercayai menunjukkan kenyataan yang dibuat oleh responden adalah tidak benar dan bersifat memfitnah.

“Pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap responden…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post

Sukan

Grace buru rekod kebangsaan di Komanwel

Kuala Lumpur: Atlet baling tukul besi wanita negara, Grace Wong meletakkan sasaran melakukan balingan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya menyamai rekod kebangsaan 65.41 meter (m) pada Sukan Komanwel yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini.

today24 June 2026