Hot FM

Mahkamah benar jaminan lelaki serang pengawal peribadi kerana puasa


Chung Chee Yang
Chung Chee Yang dijatuhi hukuman enam tahun 10 bulan dan didenda RM22,000 atas pertuduhan menakutkan secara jenayah, melukakan perasaan agama, dan sengaja menyebabkan kecederaan pada 2021. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:

Mahkamah Rayuan membenarkan jaminan terhadap seorang ahli perniagaan yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana menganiaya, menghina, dan mengugut dua pengawal peribadinya pada Ramadan, empat tahun lalu.

Hakim Azman Abdullah yang mempengerusikan panel tiga hakim, membenarkan Chung Chee Yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan terhadap sabitan mengikut Seksyen 506, 298 dan 323 Kanun Keseksaan.

Hakim lain yang bersidang ialah Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz dan K Muniandy.

Mahkamah mengekalkan jaminan Chung sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin. Pasportnya akan dipegang mahkamah sehingga rayuannya selesai.

Azman turut memerintahkan Chung untuk melapor diri di Balai Polis Bukit Tinggi setiap dua minggu.

Awal hari ini, peguam Chung, Shafee…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version