Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah gantung sementara laksana hukuman kes fitnah Siti Mastura

today23 December 2024

Background


siti mastura muhammad
Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad diperintahkan membayar RM825,000 kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok.

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Jan untuk memutuskan sama ada permohonan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, untuk menggantung pelaksanaan hukuman patut diluluskan, selepas beliau diperintahkan membayar RM825,000 kepada tiga pemimpin DAP.

Pendengaran ini akan menentukan sama ada ahli politik PAS itu boleh menangguhkan pembayaran, sambil mengusahakan tindakan undang-undang lain.

Mahkamah pada 4 Dis memutuskan bahawa ahli politik PAS itu memfitnah veteran DAP, Lim Kit Siang, dan anaknya, Guan Eng, dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dengan mengaitkan mereka kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, semasa kempen PRK Kemaman, tahun lepas.

Mahkamah memerintahkan Siti bayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok, dan kos RM25,000 kepada setiap seorang.

Peguam SN Nair, yang mewakili…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post