

Mahkamah Komersial di Bengaluru, India, memutuskan untuk mengembalikan memorandum tuntutan difailkan syarikat pembinaan Singapura, Lee Kim Tah (Pte) Ltd kepada syarikat itu untuk difailkan semula.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Komersial, Arjun S Mallur pada Sabtu.
“Tuntutan berkenaan diperintah untuk dikembalikan bersama semua dokumen kepada plaintif (Lee Kim Tah) bagi tujuan penyerahan di hadapan forum mengikut bidang kuasa sewajarnya yang selaras undang-undang.
“Justeru, perintah interim bertarikh 2 Mei 2026 terbatal serta-merta,” kata hakim tersebut tanpa mengemukakan sebarang alasan.
Keputusan itu dibuat susulan satu saman difailkan bulan lalu oleh Lee Kim Tah terhadap pengerusi Woh Hup (Private) Limited, Kim Yong, dan adiknya Eugene, seorang pengarah, atas…