Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mahkamah Isytihar Norjuma Habib Mohamed Muflis

today21 March 2023

Background

Mahkamah Tinggi Georgetown mengisytiharkan usahawan Norjuma Habib Mohamed, muflis, selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Penolong Pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Sementara itu, peguam Muhammad Hassanuddin Roslan yang mewakili Fame Up Entertainment berkata, mahkamah tinggi hari ini mengisytiharkan Norjuma sebagai muflis.

Beliau berkata, Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Written by: Aqilah


Previous post