
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kuching mengekalkan Mahmud Abu Bekir Taib sebagai pentadbir tunggal harta pusaka Allahyarham Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.
Ia selepas mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman oleh ibu tirinya, Raghad Kurdi Taib untuk membatalkan pelantikan Abu Bekir.
Menurut laporan Dayak Daily, mahkamah mengekalkan Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan Pejabat Daerah Kuching pada 26 April 2024 yang memberi Abu Bekir kuasa penuh untuk menguruskan harta pusaka tersebut.
Mahkamah juga menolak permohonan Raghad untuk membatalkan keputusan pejabat daerah itu dan dinamakan sebagai pentadbir bersama.
Pada 4 Dis lalu, Mahkamah Tinggi Kuching mendengar semakan kehakiman yang difailkan Raghad terhadap Ordinan Pentadbiran Harta Pusaka Sarawak.
Beliau berhujah bahawa Seksyen 8 Ordinan itu mendiskriminasi…