
Mahkamah Tinggi telah mengarahkan penyitaan aset milik pempengaruh media sosial Caprice yang gagal membayar kos RM8,000 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.
Writ penyitaan dan penjualan bertarikh 3 Dis 2025 dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Qasiratul Jannah Usmani Othman terhadap Caprice, atau nama sebenarnya Ariz Ramli, susulan perintah yang diperoleh oleh ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perkapalan R Jeyenderan.
Jumlah terhutang itu merangkumi RM8,000 yang dianugerahkan melalui perintah mahkamah bertarikh 15 Okt 2025 bersama-sama alokatur RM320 yang dikira setakat 21 Nov tahun sama.
Writ itu membenarkan penyitaan dan jika perlu, penjualan harta alih milik Caprice selaku defendan untuk melangsaikan hutang penghakiman itu.
Peguam Muniandy Vestanathan dan Afiq Yahawa, yang mewakili ahli perniagaan itu, mengesahkan bahawa…