Site icon Hot FM

Mahkamah perintah Belanda henti penghantaran alat ganti F-35 ke Israel


Sebuah mahkamah di Belanda memerintahkan kerajaan negara itu untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari. (Gambar AP)

LONDON: Sebuah mahkamah rayuan di Belanda memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.

Keputusan itu susulan rayuan pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.

“Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan,” menurut mahkamah, lapor agensi Anadolu.

Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat disimpan di sebuah gudang di Belanda.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version