
PUTRAJAYA: Dua anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) gagal dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan, bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap mereka atas kesalahan membunuh seorang operator kolam ikan, tujuh tahun lepas.
Panel tiga hakim yang bersidang iaitu Hakim Abdul Rahman Sebli, Zabariah Mohd Yusof dan Hasnah Mohammed Hashim, sebulat suara menolak rayuan Syazwan Saad dan Iskandar Zulkarnain Abdul Manaf, terhadap sabitan dan hukuman terhadap mereka.
Abdul Rahman yang mempengerusikan sidang itu berkata adalah menjadi dapatan mahkamah bahawa, keterangan mengikut keadaan yang dikemukakan oleh pendakwaan mencukupi untuk membuktikan kesalahan kedua-dua lelaki itu bagi pembunuhan tersebut.
“Setelah…