Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah Persekutuan kekal kemenangan Hadi di Marang

today15 November 2023

Background


Calon BN Jasmira Othman memfailkan petisyen bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Hadi Awang di Marang pada PRU15 kerana didakwa terbabit dengan rasuah.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan kemenangan Presiden PAS Hadi Awang di parlimen Marang kerana didakwa merasuah pengundi dalam PRU15 lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim berkata Jasmira Othman gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

“Rayuan ditolak tanpa kos,” kata Abang Iskandar yang bersidang bersama Hakim Zabariah Yusof dan Rhodzariah Bujang.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post