
PUTRAJAYA: Sekumpulan penduduk Orang Asli dari Kampung Kelaik, Gua Musang, Kelantan, gagal memperoleh kebenaran untuk meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan perintah injunksi interlokutari untuk menghalang 14 entiti termasuk kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja di tanah pusaka milik nenek moyang mereka.
Penduduk kampung terbabit ingin mendapatkan perintah injunksi interlokutari sementara menunggu pelupusan saman mereka di Mahkamah Tinggi.
Hakim Mahkamah Persekutuan Hasnah Mohammed Hashim menolak permohonan itu tanpa kos.
Beliau berkata, penduduk terbabit gagal memenuhi keperluan ambang mengikut Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan bahawa tiada persoalan undang-undang membabitkan kepentingan umum yang belum pernah diputuskan oleh Mahkamah…