
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan bekas ahli exco Perak Paul Yong untuk mendapatkan kebenaran menyemak semula keputusan yang mengekalkan sabitannya atas kesalahan merogol pembantu rumahnya.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Besar Malaya Hashim Hamzah bersama Hakim Collin Lawrence Sequerah dan Nazlan Ghazali, memutuskan Yong gagal memenuhi ambang ditetapkan di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
Kaedah 137 memperuntukkan kuasa semula jadi Mahkamah Persekutuan untuk menyemak keputusannya sendiri, tetapi hanya dalam keadaan luar biasa bagi mengelakkan ketidakadilan atau penyalahgunaan proses mahkamah.
Dalam menyampaikan keputusan, Hashim berkata Yong mendakwa berlaku pelanggaran keadilan asasi kerana beliau kononnya tidak diberi peluang berhujah apabila mahkamah dikatakan…