Hakim Zabidin Mohd Diah, Hakim Nallini Pathmanathan dan Rhodzariah Bujang sebulat suara berpendapat, tiada merit dalam rayuan itu.

PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk mengembalikan cadangan projek pembangunan Taman Rimba Kiara.
Hakim Besar Malaya, Zabidin Mohd Diah bersama Hakim Nallini Pathmanathan dan Rhodzariah Bujang dalam keputusan sebulat suara berkata, tiada merit dalam rayuan itu.
Cadangan projek pembangunan bercampur itu termasuk sebuah pangsapuri 29 tingkat merangkumi 350 unit rumah mampu milik dan lapan blok pangsapuri perkhidmatan dengan lapan tingkat ruang parkir.
Pada 2021, Mahkamah Rayuan menolak perintah pembangunan Taman Rimba Kiara yang dikeluarkan DBKL pada 2017, selepas memihak kepada semakan kehakiman difailkan penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI).
BERITA LANJUT MENYUSUL
