
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengarahkan kerajaan menyerahkan laporan pasukan petugas khas yang menyiasat kehilangan aktivis, Amri Che Mat kepada mahkamah.
Hakim Kamaludin Md Said yang mempengerusi panel tiga hakim bersama Azizul Azmi Adnan dan Hashim Hamzah, berkata mahkamah perlu meneliti laporan itu sebelum memutuskan sama ada kandungannya boleh membahayakan keselamatan negara, seperti didakwa kerajaan.
Kamaludin mengeluarkan arahan itu ketika rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan pendedahan terhad laporan itu kepada istari Amri, Norhayati Ariffin.
Beliau merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan mahkamah layak melihat dokumen sulit.
Azizul berkata, panel hakim boleh melihat dokumen itu menerusi kamera dalam kamar masing-masing.
Peguam Kanan…
