Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah Rayuan soal sama ada permohonan Rosmah gugur hakim boleh dirayu

today22 November 2022

Background



Isteri bekas PM Najib Razak, Rosmah Mansor berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan tambahan berhubung sama ada ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dua rayuan Rosmah Mansor untuk menggugurkan hakim yang mendengar perbicaraan pengubahan wang haram dan pengelakan cukainya.

Perbicaraan ditetapkan untuk didengar oleh Hakim Zaini Mazlan di Mahkamah Tinggi di sini.

Zaini juga ialah hakim yang mendengar dan mensabitkan Rosmah dalam perbicaraan rasuah projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion awal tahun ini.

Hakim Hanipah Farikullah, pengerusi panel tiga anggota yang mendengar rayuan, berkata mereka telah membaca hujahan bertulis yang difailkan oleh pasukan pendakwaan dan pembelaan, tetapi penjelasan lanjut diperlukan.

β€œIni (berhubung) sama ada perkara di hadapan kami boleh dirayu bawah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post