
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 23 Nov untuk keputusan berhubung rayuan tujuh individu yang mahu membatalkan larangan merokok di semua premis makanan yang dikuat kuasakan Kementerian Kesihatan (KKM).
Hakim Yaacob Md Sam, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata mereka memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dan memutuskan isu dibangkitkan peguam dalam rayuan tersebut yang melibatkan kepentingan awam.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan M Gunalan dan Hakim Mahkamah Tinggi Lim Chong Fong.
Tujuh individu itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, pada 29 Okt 2019, yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang…