Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah tangguh bicara kes rasuah Bung, isteri

today10 July 2023

Background


Pasangan itu sepatutnya memberikan keterangan bela diri bermula hari ini berkait tiga tuduhan rasuah.

Mahkamah Sesyen sebelum ini mengarahkan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isterinya Zizie Izette Abdul Samad, yang didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan dijadualkan selama sembilan hari bermula hari ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen.

Pasangan suami isteri itu sepatutnya memberikan keterangan bela diri bermula hari ini hingga Jumaat, serta 20, 21, 24, dan 25 Julai.

Hakim Rozina Ayob melapangkan tarikh perbicaraan berkenaan, selepas Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How memaklumkan mengenai perkembangan status rayuan berhubung permohonan semakan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas (7 Julai).

Rozina menetapkan 13 Sept untuk sebutan kes bagi status semakan permohonan pasangan suami isteri itu.

Low berkata Mahkamah Rayuan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post