Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah tangguh dengar permohonan semakan kehakiman bapa Altantuya

today6 October 2026

Background


Altantuya Shaariibuu
Pada 2006, mayat wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu diletupkan selepas ditembak di kawasan hutan di Puncak Alam, Selangor. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang menuntut pihak berkuasa menyiasat afidavit tambahan serta akuan berkanun (SD) oleh bekas pegawai polis Azilah Hadri.

Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili Shaariibuu Setev berkata, penangguhan ke 12 Jan 2027 itu dibenarkan selepas responden memohon kebenaran memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavitnya.

Menurut Sangeet, responden dalam hujahan bertulis berkata, Shaariibuu tidak mengemukakan maklumat di bawah Seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah, justeru pihak berkuasa tidak berkewajipan memaklumkan status siasatan kepadanya.

“Sebagai respons, kami mengemukakan laporan polis yang dibuat pemohon pada 2018 kepada mahkamah, yang mana beliau secara khusus meminta siasatan dijalankan bagi mengenal pasti…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faisal Asyraf


Previous post

Sukan

JDT sedia turunkan pemain muda hadapi Piala Shopee

Kuala Lumpur: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengambil pendekatan memberi peluang kepada pemain muda dan simpanan untuk beraksi dalam Piala Malaysia serta Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, manakala pasukan utama kekal fokus terhadap tiga kejohanan utama musim ini.

today6 October 2026