
Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh bapa wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang menuntut pihak berkuasa menyiasat afidavit tambahan serta akuan berkanun (SD) oleh bekas pegawai polis Azilah Hadri.
Peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili Shaariibuu Setev berkata, penangguhan ke 12 Jan 2027 itu dibenarkan selepas responden memohon kebenaran memfailkan afidavit jawapan terhadap afidavitnya.
Menurut Sangeet, responden dalam hujahan bertulis berkata, Shaariibuu tidak mengemukakan maklumat di bawah Seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah, justeru pihak berkuasa tidak berkewajipan memaklumkan status siasatan kepadanya.
“Sebagai respons, kami mengemukakan laporan polis yang dibuat pemohon pada 2018 kepada mahkamah, yang mana beliau secara khusus meminta siasatan dijalankan bagi mengenal pasti…