Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah tangguh keputusan permohonan Zahid bebas kes Yayasan Akalbudi

today24 February 2026

Background


Presiden Umno Zahid Hamidi mahu mendapatkan pembebasan penuh daripada semua 47 tuduhan rasuah, ubah wang haram dan jenayah pecah amanah dalam kes Yayasan Akalbudi. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Mahkamah Tinggi menangguhkan keputusan permohonan Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk dibebaskan daripada tuduhan kes rasuah Yayasan Akalbudi, sementara menunggu keputusan rayuan Majlis Peguam di Mahkamah Rayuan.

Hakim Nurulhuda Nuraini Nor berkata rayuan Majlis Peguam yang mencabar keputusan peguam negara menghentikan kes itu akan menjadi akademik sekiranya beliau membuat keputusan terlebih dahulu.

“Kita akan menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan yang saya difahamkan akan didengar pada 8 April,” katanya.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri hadir pada prosiding itu.

Nurulhuda berkata beliau mengambil maklum hujah peguam Zahid, Hisyam Teh Poh Teik, berhubung kuasa luas diberikan kepada peguam negara selaku pendakwa raya di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post