Site icon Hot FM

Mahkamah terima rayuan kerajaan haramkan buku ‘Gay is OK!’


KDN mengharamkan buku ‘Gay is OK! A Christian Perspective’ atas alasan penerbitan tidak diingini. (Gambar Gerak Budaya)

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengenakan semula pengharaman buku “Gay is OK! A Christian Perspective”.

Hakim Wong Kian Kheong, ketika menyampaikan keputusan majoriti berkata, hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam dapatannya bahawa buku berkenaan tidak mungkin akan mencetuskan prejudis kepada ketenteraman awam, moral, dan kepentingan awam.

Wong berkata, kebimbangan kerajaan berkait judul buku itu dan kandungannya juga wajar walaupun ia sudah diedar selama tujuh tahun sebelum larangan dikenakan.

Beliau berkata, hakim mahkamah bawahan juga terkhilaf menggunakan prinsip kebebasan berekspresi di bawah undang-undang India bagi kes ini, menegaskan bahawa susunan kata peruntukan-peruntukan yang berkenaan dalam perlembagaan kedua-dua negara ada perbezaan.

Menurut Wong, Mahkamah Tinggi turut terkhilaf kerana bergantung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version