Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah Tinggi kekal bebaskan Jason Lo daripada tuduhan dadah

today6 April 2023

Background


Hakim Noorin Badaruddin menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret tahun lepas.

Penyanyi Jason Lo berkata dia percaya dengan sistem kehakiman Malaysia dan berterima kasih kepada peguamnya selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Jason Lo kekal bebas atas pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya.

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Noorin Badaruddin menolak rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Jason Lo atau nama sebenarnya Jason Jonathan Lo daripada pertuduhan itu.

“Rayuan pihak pendakwaan diketepikan dan keputusan Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan responden (Jason Lo) dikekalkan,” kata Noorin.

Prosiding hari ini dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nik Mohd Fadli Nik Azlan, manakala Jason Lo diwakili Hariharan Tara Singh.

Pada 24 Jun tahun lepas, Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaskan Jason Lo yang juga ahli…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post