
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret yang membebas dan melepaskan seorang pegawai polis berpangkat inspektor daripada pertuduhan dadah, empat tahun lepas.
Hakim Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret di sini pada 6 Nov 2023 yang membebas dan melepaskan Roslan Sam, 44.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur ‘Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan pada 16 Nov tahun lepas.
Ketika prosiding secara sidang video, Rohani berkata tiada alasan untuk mengubah keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret.
“Setelah meneliti semua surat cara difailkan dalam membuat rayuan dan…