PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan kematian pegawai kadet tentera laut, J Soosaimanicckam sebagai homisid, sekali gus menolak dapatan keputusan terbuka oleh Mahkamah Koroner.
Hakim Abdul Wahab Mohamed, berkata pegawai tentera laut yang bertanggungjawab terhadap latihan kadet itu bertindak menafikan si mati daripada mendapatkan rawatan perubatan sehingga menjurus kepada punca kematian si mati.
“Mengambil kira semua bukti terhadap siasatan punca kematian (inkues), Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan terbuka koroner dan menggantikan dengan homisid.
“Punca kematian si mati adalah edema pulmonari yang disebabkan oleh leptospirosis (kencing tikus) dan bahawa kematian si mati yang tidak dijangka adalah akibat langsung daripada pegawai tentera laut yang bertanggungjawab untuk latihan kadet itu…