
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman oleh seorang pengundi bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Hakim Ahmad Kamal Md Shahid berkata, pembubaran Parlimen adalah tidak boleh diadili dan tidak boleh dibincangkan oleh mahkamah undang-undang.
“Permohonan ini juga sia-sia dan tidak dapat dipertahankan walaupun semakan dibenarkan,” katanya.
Katanya, mengikut Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat perdana menteri.
Syed Iskandar Syed Jaafar, pengundi di Parlimen Pandan menamakan Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, pengerusi SPR dan kerajaan dalam permohonannya yang difailkan pada 14 Okt lalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
…