Hakim berkata tiada keadaan istimewa untuk membolehkan penangguhan pelaksanaan itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Yunos untuk menangguhkan penghakiman bagi membayar ganti rugi RM350,000 untuk fitnah dan kos kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Pesuruhjaya Kehakiman, Arief Emran Arifin yang menyampaikan keputusannya dalam talian berkata, tiada keadaan istimewa untuk membolehkan penangguhan itu.
Beliau turut mengarahkan Jamal membayar kos RM3,000 kepada Kok.
Peguam, S N Nair dan Jaden Phoon mewakili Kok, manakala Rejinder Singh mewakili Jamal.
Pada 26 Julai 2022, Kok yang juga naib pengerusi DAP, menang saman fitnah terhadap Jamal yang diperintahkan membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM50,000 kepadanya.
Pada 2017, Jamal mendakwa Kok menyalahgunakan dana…