Hot FM

Mahkamah tolak permohonan lanjutan masa peguam baharu Najib



Najib Razak mahu membatalkan sabitannya terhadap salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan pasukan peguam baharu Najib Razak yang minta diberi masa untuk membuat persiapan bagi rayuan kes SRC International.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat berkata rayuan mesti diteruskan mengikut jadual.

“Kita mula pagi Khamis ini,” katanya. Rayuan kes SRC International dijadual bersidang selama 10 hari, dari 15 hingga 26 Ogos.

Ia bagi mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri itu untuk membatalkan pensabitan tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah berkaitan dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC International.

Pasukan peguam baharu Najib, diketuai Hisyam Teh Poh Teik, memohon mahkamah memberikan masa antara tiga hingga empat bulan kepada pihaknya untuk menyediakan dan menghujahkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version