

Mahkamah Tinggi menolak permohonan Semantan Estate (1952) Sdn Bhd untuk menggantung prosiding taksiran pampasan yang perlu dibayar kerajaan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Semantan memfailkan rayuan itu pada 28 April selepas Mahkamah Tinggi, lapan hari sebelumnya, menolak permohonannya untuk mendapatkan lanjutan masa bagi memperoleh dokumen berkaitan pendengaran taksiran pampasan.
Dokumen yang dimohon itu termasuk pelan pengambilan tanah dan pelan ukur, yang menurut syarikat berkenaan diperlukan bagi tujuan taksiran di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.
Syarikat itu kemudian memfailkan permohonan penggantungan prosiding di Mahkamah Tinggi pada 18 Mei.
Dalam keputusannya, Hakim Roslan Mat Nor mengambil maklum afidavit difailkan Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang berhujah penggantungan prosiding akan…