Mahkamah Pilihan Raya menolak semua tiga alasan dikemukakan wakil kepada Tengku Razaleigh Hamzah dalam bantahan awal.

PETALING JAYA: Mahkamah Pilihan Raya Kota Bharu memutuskan kerusi Parlimen Gua Musang kekal milik Perikatan Nasional (PN) selepas membatal dan menolak petisyen difailkan wakil kepada calon Barisan Nasional (BN), Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan PRU15.
Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas menolak semua tiga alasan yang dikemukakan Mohd Azmi Mahmood, wakil kepada Tengku Razaleigh, dalam bantahan awal.
Azmi yang juga pengundi di Parlimen Gua Musang memfailkan petisyen itu pada 3 Jan lalu.
Dalam prosiding hari ini, Roslan berkata, tiga alasan itu termasuk tarikh petisyen…