Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah tolak rayuan Bersih berkait pengisytiharan darurat

today12 October 2022

Background



Bersih 2.0 dan sembilan lain merayu mahkamah untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020.

PUTRAJAYA: Rayuan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan sembilan lain untuk merujuk beberapa persoalan perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat, Che Mohd Ruzima Ghazali dan Ahmad Zaidi Ibrahim berpendapat tiada kesilapan membolehkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, justeru mengekalkan keputusan tersebut.

Mahkamah kemudian menolak rayuan tersebut tanpa perintah berhubung kos.

Mengenai bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang mewakili kerajaan dan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, bahawa permohonan rujukan perlembagaan tidak boleh dirayu, Hakim Has Zanah berkata permohonan rujukan itu boleh dirayu kerana ia akhirnya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post