Site icon Hot FM

Mahkamah tolak rayuan fitnah Apandi terhadap Kit Siang


Apandi Ali fail saman terhadap Lim Kit Siang pada Julai 2019 mendakwa veteran DAP itu memfitnahnya berkait skandal 1MDB.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan fitnah oleh bekas peguam negara, Apandi Ali, terhadap Lim Kit Siang berhubung artikel diterbitkan veteran DAP itu pada 2019 yang mengaitkannya dengan skandal 1MDB.

Hakim Hadhariah Syed Ismail, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang dan fakta menolak saman Apandi, pada 23 Mei tahun lalu.

“Lim berjaya membangkitkan justifikasi pembelaan dan komen berpatutan untuk menangkis saman itu,” kata Hadhariah, yang bersidang bersama Hakim M Gunalan dan Hakim Azmi Ariffin.

Mahkamah juga mengarahkan Apandi membayar kos RM100,000 kepada Lim.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version