Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mahkamah tolak reman pemandu lori terbabit nahas maut 6 sekeluarga

today8 June 2026

Background


6 ahli keluarga maut sungai petani
Polis berkata pemandu lori yang terbabit dengan kemalangan maut mengorbankan enam sekeluarga itu ditahan semalam bagi siasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar JBPM)
SUNGAI PETANI:

Mahkamah Majistret menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap pemandu lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan enam sekeluarga di Kampung Baru Pinang Tunggal di sini semalam.

Majistret Mohamad Azlan Basri membenarkan lelaki berusia 49 tahun itu dibebaskan hari ini selepas dia ditahan sejurus kejadian kemalangan itu.

Semalam, Ketua Polis Kedah Adzli Abu Shah memaklumkan lelaki itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut memberitahu saringan ujian air kencing lelaki itu didapati negatif dadah manakala semakan mendapati dia mempunyai tujuh saman termasuk empat yang belum diselesaikan.

Adzli turut memberitahu lelaki itu mempunyai lesen memandu yang sah dan ketika kejadian dia memandu lori terbabit pada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Nelly juara Terbuka AS

Los Angeles: Pemain golf nombor satu dunia, Nelly Korda cemerlang merangkul kejuaraan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) selepas merekodkan kemenangan satu pukulan di Riviera Country Club, awal pagi tadi.

today8 June 2026