
KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin gagal dalam tuntutan samannya terhadap Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah menerusi dua artikel.
Ini berikutan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Tinggi John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee menolak saman Zamihan selaku plaintif terhadap Asri sebagai defendan yang difailkan pada Julai 2019.
Lee dalam penghakimannya berkata plaintif gagal untuk membuktikan terdapatnya penerbitan kenyataan fitnah terhadapnya menerusi dua artikel berkenaan kerana tiada sebarang saksi yang dikemukakan oleh plaintif untuk mengesahkan percakapan defendan.
“Kedua-dua artikel tersebut tidak boleh dirujuk dan dipertimbangkan oleh mahkamah, oleh itu tiada…