Mahkamah tertinggi memutuskan harta haram tidak boleh digunakan untuk membayar yuran guaman.

PETALING JAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan sebuah firma guaman agar yuran guamannya dibayar daripada aset “haram” yang disita oleh kerajaan daripada anak guamnya bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).
Dalam keputusan majoriti, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Rahman Sebli dan Hakim Hasnah Hashim memutuskan Wan Shahrizal, Hari & Co tidak berhak mendapatkan RM398,722 daripada aset disita daripada anak guamnya, Amar Asyraf Zolkepli.
Hakim Mary Lim menentang.
“Tidak dinafikan, RM398,722 adalah hutang Amar kepada perayu (firma guaman), yang dia bebas untuk bayar menggunakan mana-mana harta ada padanya tetapi bukan harta disita, yang kami tegaskan semula…