Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Mahu Atasi Pemandu Pelesit, Lelaki Ini Menyamar Buat ‘Speed Trap’ Depan Rumah

today10 May 2022

Background

Tidak dapat dinafikan bahawa ada segelintir pemandu yang memandu melebihi had laju terutama sekali apabila mereka memandu di lebuh raya dan kawasan kampung.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fiezamieza telah berkongsi sebuah video memaparkan gelagat ayahnya yang menyamar seperti polis trafik yang sedang merakam pemandu laju di depan rumahnya.

@fiezamieza

Perangai ayah aku 😂 🤣 #fyp #fypviral #fypシ

♬ Laughing – Gianluca Marino

Difahamkan, tindakan ayah wanita tersebut disebabkan berang banyak kereta dipandu laju di kawasan rumahnya. Oleh itu, pendekatan ini diambil bagi membuatkan pemandu memandu mematuhi had laju ditetapkan.

Menerusi video tersebut, ayah wanita itu menggunakan ‘ring light’ serta beberapa barangan lain yang kelihatan seolah-olah seperti seorang polis trafik yang sedang melakukan operasi speed trap.

Perkongsian itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberikan pujian kepada ayah wanita tersebut yang dilihat cuba untuk membuatkan pemandu-pemandu kereta memperlahankan kereta mereka.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memberikan beberapa cadangan untuk ayah wanita itu seperti meletakkan ‘hair dryer’, pakai vest dan sebagainya agar kelihatan lebih real.

Written by: Mimieyuzi


Previous post