Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Mahu Buat Kemunculan Semula, Netizen Harap Shuk Sahar Tak Cetus Kontroversi Lagi!

today13 September 2022

Background

Sususlan kes rumah tangganya, pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mengakui sangat terkesan dengan apa yang berlaku.

Malah, beliau sebelum ini juga bertindak menjual kediamannya semata-mata mahu meneruskan kehidupan.

Terbaharu, Shuk ada berkongsi menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya memaklumkan yang beliau sebenarnya sudah rindu untuk membuat kemunculan semula.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak hosting lagi? Shuk tak rindu ke nak buat comeback?

“Sumpah aku rinduโ€ฆ rindu nak melawak rindu nak hosting rindu nak bercakap ngn kengkawan dalam radio,” tulisnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikut beliau memberi respons yang positif terhadap niat baik Shuk itu.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang tampil memberikan nasihat agar segala kesilapan yang pernah dilakukan oleh bekas pengacara Now I Can See Your Voice ini tidak akan berulang lagi.

Untuk rekod, Shuk Sahar terpalit dengan isu kontroversi membabitkan rumah tangganya selepas kantoi berlaku curang dengan wanita yang sama lebih dari sekali.

 

Written by: Salma


Previous post