Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Parkir di kawasan tidak sepatutnya sememangnya sudah menjadi suatu kesalahan. Hal ini turut membuatkan pihak penguasa di sesetengah kawasan memilih untuk clamp tayar kereta pengguna sebagai denda melakukan kesalahan.
Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang pemandu Honda CR-V ini secara berkeras tidak mahu membayar denda clamp bernilai RM50 sekaligus memilih untuk mengundur kereta dalam keadaan tayar dikenakan clamp.

Berkira RM 50 nak bayar clamp punya pasal, habis jahanam kereta. pic.twitter.com/qhI3nM8Jfa
— Cringe Malaysian🇲🇾 (@cringemalaysian) June 8, 2022
Tindakan pemandu Honda CR-V ini mengundur kereta bersama clamp pada tayar bukan sahaja merosakkan clamp berkenaan, malah dapat dilihat beberapa komponen pada kereta juga turut terkesan termasuk fender kereta berkenaan yang mengalami kerosakan serius.
Video yang tular di media sosial ini nyata…