Hot FM

Mahu elak dicekup, lori rempuh kenderaan polis



Suspek menaiki lori telah merempuh kenderaan polis itu sebelum mereka ditahan untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan demi menyelamatkan diri selepas kenderaan dirempuh sebuah lori yang dinaiki dua lelaki dalam kejadian di Kampung Belat, Kubur Panjang, Pendang, pagi tadi.

Kejadian berlaku pada jam 5.45 pagi apabila dua lelaki yang menaiki lori cuba melarikan diri sebaik menyedari kenderaan mereka diekori polis.

Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat berkata, lori itu diekori polis dari Gerik, Perak sebelum menghala ke Baling dan ke Sik, kemudiannya ke Pendang.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandunya bertindak melanggar kenderaan polis menyebabkan anggota terpaksa melepaskan tembakan.

“Kedua-dua suspek lelaki berusia 25 dan 28 tahun akhirnya ditahan. Ujian saringan air kencing mendapati, kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam kenyataan hari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version