
BAGAN DATUK: Calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin diingatkan supaya fokus memenangi kerusi itu sebelum bercita-cita menjadi perdana menteri.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Ahmad Zahid Hamidi, berkata Khairy perlu memperkukuhkan dan dinasihatkan tidak mengeluarkan kenyataan menggugat nama baik parti.
“Terpulang kepada beliau, pertama beliau mesti memperkuatkan parti bukan merosakkan parti.
“Beliau juga mesti memenangi Parlimen Sungai Buloh,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan masyarakat Cina di Hutan Melintang.
BERITA LANJUT MENYUSUL