
KOTA KINABALU: Nasib murid-murid yang terpaksa bersesak dalam bot untuk ke sekolah sejak dua tahun lalu mendapat perhatian seorang insan prihatin dari Semenanjung, yang menyumbangkan dua bot kepada kampung mereka.
Seorang penduduk kampung di Pitas, Khairul Abidin, berkata lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zulhairi Zainol itu menghantar mesej kepadanya pada 20 Jan bahawa pertubuhannya mahu menyumbang dua bot selepas mengetahui tentang dilema murid-murid itu menerusi media.
Bot-bot gentian kaca itu dihantar keesokan harinya, kata Khairul.
Katanya, penyumbang itu memperkenalkan dirinya sebagai anggota Pertubuhan Amal Team di Selangor dan berkata, mereka akan menguruskan penghantaran dua bot itu.
“Setakat ini saya tidak pernah berjumpa atau melihatnya, hanya mendengar suara dalam telefon. Walau apa pun, kami amat bersyukur kerana ada orang dari Semenanjung yang sudi membantu,” kata…