Masih ingatkah anda dengan guru yang pernah digelar seorang adiwira oleh kerana usaha yang dilakukannya untuk mengajar anak orang asli di sebuah sekolah di Pahang?
Kali ini Cikgu Samuel menerusi laman Twitter miliknya berkongsi kisah dan foto majlis perkahwinannya.
Menurutnya, majlis tersebut merupakan kenangan yang paling terindah apabila 100 orang anak muridnya hadir ke majlis tersebut.
Siap buat persembahan lagi!
My 100 Orang Asli Children and My Indian Wedding!!
The year 2017 was an eventful one for my wife and I as we tied the knot! Wohooo!! pic.twitter.com/xhyRWfEuPI
— Samuel Isaiah (@samuel_isaiah87) July 22, 2019
Menurut Guru Bahasa Inggeris ini, sewaktu dia hendak berkahwin, anak-anak muridnya merupakan orang yang paling gembira mengetahui berita itu. Malah, mereka turut menyatakan hasrat menghadiri majlis perkahwinan itu.
Everyone turned their heads towards a group of spirited and fierce looking Orang Asli children, hitting their bamboo sticks together as they marched rhythmically whilst making their entrance!!
IT WAS SO LIT I TELL YOU!!
(they were also ridiculously cute hahah) pic.twitter.com/FpcLnDrxe2— Samuel Isaiah (@samuel_isaiah87) July 22, 2019
Jarak perjalanan sejauh 200km dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi tidak menjadi penghalang buat anak-anak orang asli hadir ke majlis berkenaan.
Samuel turut menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai perbelanjaan tersebut asalkan hasrat anak muridnya itu tercapai.
Anak murid guru berkenaan turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan persembahan tarian kebudayaan mereka.
Semoga usaha murni anak-anak ini dapat dijadikan contoh buat pelajar-pelajar lain..
