Sering diiklankan di laman web dan radio, pasti ramai yang cukup tahu dengan laman Bjak.my. Berjaya menjadi pelopor kepada perkhidmatan perbandingan insurans kereta di Asia Tenggara antara yang membuat laman ini menjadi pilihan lebih 3 juta pengguna.
Bersempena dengan musibah yang melanda di Malaysia baru-baru ini iaitu banjir besar khususnya di kawasan Pantai Timur dan Johor, Bjak.my berbesar hati untuk melancarkan sebuah tabung yang dinamakan sebagai Bjak Kasih.

