Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mencetuskan kontroversi baharu apabila menyatakan bahawa penggantungan ke atas Rusia daripada bola sepak antarabangsa sepatutnya ditarik balik.
Menurut sumber laporan Goal, Infantino mendedahkan bahawa hukuman tersebut gagal mencapai matlamatnya dan hanya menimbulkan kekecewaan.
Beliau dengan tegas menyatakan hasratnya untuk melihat negara tersebut diterima semula dalam komuniti bola sepak…
