Menerusi laporan Harian Metro, Sun Guo Shan yang juga umurnya 38 tahun memulakan cabaran luar biasanya untuk mendaki 50 gunung popular di China pada Mei tahun lalu.
Misinya itu kemudian tular apabila klip video dirinya mendaki puncak tertinggi Gunung Wudang di ketinggian 1,612 meter dengan hanya menggunakan tangan mendapat perhatian ramai.
“Setiap orang di China mempunyai impian seni mempertahankan diri di dalam hati mereka.
“Saya mahu menggunakan kaedah pendakian khas saya untuk melengkapkan 50 gunung terkenal di negara ini pada musim bunga ini,” katanya.
Pada Disember lalu, Sun berjaya menawan 999 anak tangga Gunung Tianmen di Zhangjiajie, Wilayah Hunan China Tengah dalam masa lima jam.
“Ini adalah gunung ke-34 yang saya cabar dan paling sukar, membuatkan saya jatuh hampir seratus kali,” kata Sun selepas tiba di puncak Gunung Tianmen.